Silver Pointer
A.K.T.M




Now Playing
Macklemore - Same Love

»mekdi di siang hari
Tuesday, June 26, 2012

hari bersama kawan di mekdi

kawan dari bangku sekolah rendah, kenangan tetap di simpan dengan elok tanpa sebarang debu.
bila semua berkumpul di satu meja.
semua di kongsi.

alangkah indahnya hari ini bagi aku.
kenangan yang lama di putar kembali.
membawa kepada kenangan silam yang sudah bertahun lama nya pergi.

terima kasih untuk hari ini yang memberikan senyuman satu makna. EH

p/s; sayang kamu kawan adli, aan, shahrul, zulaikha & asyura :)
words spilled @ 5:57 AM / tinggalkan pesanan hidup

»mengadap
Saturday, June 23, 2012

hari makin singkat bagi aku. mungkin kau tidak tahu. sebab itu aku berkeras untuk berjumpa kau.
aku nak sampaikan ape yang tertanam dari hari tuh.
apa yang tersirat dari hari tuh.

aku bawa beg..
beg berisi barang kepunyaan kau. aku hanya bawa yang kecilkecil sahaja. tidak menanggung beban aku kuntuk membawa yang besar. kerana yang besar itulah mempunyai berjuta makna.

apa yang aku dapat bila mengadap kau?
words spilled @ 9:26 PM / tinggalkan pesanan hidup

»hilang

aku hilang. hilang semua.
aku hilang arah.
aku hilang semangat.
aku hilang kekuatan.
aku hilang idea.
aku hilang semua.

aku tidak berdaya lagi untuk semua ini.
tapi aku bersyukur kerana aku tidak hilang kamu. dan aku bersyukur juga kerana selera makan aku tidak hilang.
cuma kadangkadang sahaja aku hilang selera itu.
words spilled @ 5:48 AM / tinggalkan pesanan hidup

»besar pun kau
Friday, June 22, 2012

hidup ini tanpa kita sedari sudah berlalu dengan cepatnya. kan.
umur dah meningkat
tapi
perangai tidak berubah. tetap sama. mungkin memerlukan masa untuk hilangkan sifat keanakanakan itu.

selamat hari jadi angah 

sesungguhnya. aku tidak sedar pun semalam adalah 22 Jun
sampailah kemalam bila ibu telefon cakap nk makan kat mana ni sambut birthday angah

dalam fikiran aku
' oh damn, terlupa pulak birthday budak niee.. haduyaii '

jadi. dengan segan silu. ahh.. bantai Victoria Station ahh.

malas nak berkata panjang membazirkan tenaga menekan setiap satu butang huruf.
mungkin lebih senang jika ade gambar sahaja.
kerana.
gambar itu membawa pelbagai maksud.



inilah hero saya dan yang mendengar kisah gembira dan sedih aku 
ibu dan ayah 



ini lah adik saya. sekali lagi. selamat hari jadi Angah.
upppsss.
adik saya yang kecik tuhh memang kerja dengan game sahaja. mohon maaf lah yee :)





makanan sedap sehingga memenuhi perut yang lapar ini.
dapat menu mestilah carik nama makanan dahulu. bila dah jumpa nak makan itu. paling ke kanan nama pulak. terkejut pulakk bila tengok harganya. nok haromm. haha.
anyway. thanks DAD for this awesomeneess night :)




p/s; angah dah besar. mohon jaga diri elokelok. bezakan mana baik buruk dan ingat lah tuhan selalu. moga SPM akan datang mendatangkan keputusan yang cemerlang dan gemilang.


words spilled @ 8:22 PM / tinggalkan pesanan hidup

»rakan
Thursday, June 21, 2012

cara kita kenal masih segar dalam ingatan aku. macam mana kita kenal. macam mana kita jumpa.
pandangan pertama memang aku tahu kau seorang yang hyper.
hyper kau ada yang boleh terima, ada yang tidak boleh terima. aku boleh sahaja terima hyper kau tuh.

berbulan kita kenal. berbulan kita ketawa.
sekarang. apa yang kau campakkan dekat aku hanya ayatayat boneka. ayatayat lapok yang dah berhabuk.
janganlah kau bermain dengan perasaan, kerana bermaian dengan perasaan umpama bermain dengan api.

dalam perkenalan kita, aku tahu kau menggunakan aku. menggunakan semuanya. kau ambil semuanya. kau tinggalkan harapan pada aku.

masa berlalu, aku tetap sabar dengan perlakuan kau yang tidak mahu jujur. aku jujur dengan kau. kau hanya perasan aku suka senyum dan menghiburkan orang. tapi kau tidak perasan hati aku.

baru sekarang kau nak jujur,
baru sekarang kau nak jujur kah wahai manusia yang harap sahaja berlilitkan sutera di badan.
di sebalik sutera itu, ego yang tertanam. di tanam dalam dalam.

maaflahh.
ape yang kau katakan. bagi aku. sudah jadi debu dan terus ditiup angin. sudah dilupakan.

sekali lagi.
maaf.
words spilled @ 6:50 AM / tinggalkan pesanan hidup

»desa
Wednesday, June 20, 2012

kaki ku sudah pun jejak ke desa tempoh hari. udara yang nyaman seperti yang diharapkan.
bendang. parit dan ayam serta jeritan adikadik saudara
membuatkan hati aku pulih kembali
pulih untuk meneruskan perjuangan hidupku yang masih panjang ini.

sekarang aku di bandar..
baru sahaja sampai sebentar tadi.
apa yang lucu dan haram jadah bagi ku dalam perjalanan pulang tadi adalah
seorang apek berhenti disebelah jalan dan memancutkan urineurine nya di longkang
sungguh pun aku menegaskan yang aku tidak nampak batang pisang beliau.
mohon maaf

untuk rakanrakan ku yang hatinya bercelaru. hatinya tidak mekar seperti bunga ros.
carilah sesuatu untuk jadikan penawar.
jangan fikirkan tiada penawar bagi segala duka.
ada caranya.
cuma diri sendiri yang mahu atau tidak



pergerakan bersama jentera tersayang membawa ku ke desa berjalan dengan lancar.
cuma agak semput disebabkan minyak hitam tidak cukup :D

words spilled @ 8:06 PM / tinggalkan pesanan hidup

»perjalanan
Tuesday, June 19, 2012

akan ku mulakan pagi yang indah ini bergerak ke kampung halaman.
menghirup udara kampung yang segar dan memberahikan.
dengan kicauan burung dan pekikan ayam jantan tidak kira masa.

doakan perjalanan aku selamat
Amin.
words spilled @ 5:44 PM / tinggalkan pesanan hidup

»habis college

sesi pembelajaran di kolej aku sudah pun tamat.
sebelum habis tuh assignment nok haram banyak. sampai kami berkampung di kampus :) awesome kan.

assignment movie clip lah paling hawau sekali..
banyak sungguh cengkadak lecturer aku. biasa lah untuk subject social saiko

ini clip dan trailer yang aku ada..


ini first trailer untuk movie clip nie. agak huduh dan ta sihat sikit. bahaha


ini second trailer. kurang hawau jugak trailer ni. mohon maaf laah. hahaha


dan. ini lah full movie kami. agak tidak paham jika korg tak amik subject sosial lagi saiko ini.
enjoy.


words spilled @ 6:54 AM / tinggalkan pesanan hidup

»dekad

berdekad jugak aku tidak post entry dekat blog nie. ramai dah tanya kenapa.
aku sibuk la hawauu! tuh aku ta post :p

sekarang tengah cuti semester dan sememangnya cuti yang terbaik bagi diri ku.
bukan nak cakap aku ni suka sengsorang serupa orang gila yang kehulur kehilir di tepitepi jalan tanpa hala tuju. tapi sebab aku tak sangka benda serupa ini akan terjadi.

benda apa yang aku maksud kan ini?
tggu dan nantikan sahaja lah untuk entry seterusnya
words spilled @ 4:51 AM / tinggalkan pesanan hidup