Silver Pointer
A.K.T.M




Now Playing
Macklemore - Same Love

»mata
Thursday, January 31, 2013

matamu sepasang langit yang mendung,
memandangmu seperti pepohon di tengah lautan,
aku terpahat.
jatuh dan memelukmu.
dan cinta; berpendar seperti dalam jutaan warna.
memancar seri bahagia di celah matamu.
words spilled @ 5:49 AM / tinggalkan pesanan hidup

»terbang selamat tinggal
Friday, January 18, 2013

lelaki.
bergaya, tegap.
suit hitam,
tercacak rambutnya.

perempuan,
cantik, sopan.
baju merah,
tebal mekapnya.

untuk kalian.
aku adore.
moga kita jumpa lagi masa hadapan.
moga success dengan kerjaya anda.
words spilled @ 8:59 AM / tinggalkan pesanan hidup

»hambar

kali pertama,
aku lihat kau lucu.

kali kedua,
aku lihat kau periang.

berkali-kali aku lihat

'natang! gigi sumbing rupanya.'
words spilled @ 8:57 AM / tinggalkan pesanan hidup

»jatuh hati

malas sungguh hari ni. bukan hari ni aja aku malas. setiap hari sama aja.
tapi hari ini lain,
aku rasa sedih, sayu, ranap hati --
aku cuba,
cuba untuk tenang..

*bangun dari katil yang empuk macam peha yang gepu putihh. terus ke beranda*

tangan oerlahan masuk ke kocek,
kotak merah keluar, sebatang keluar.
hingap terus ke mulut.
api dinyalakan.
segar. sedap nikotin, tar, semua ingredient disedut.

aku lihat kebawah. tinggi. tinggi sangat.
mata berat. basah.
jatuh perlahan ke pipi.
rasa untuk mati dan mampus meninggalkan dunia yang tidak bermakna membuakbuak.
aku sunyi tanpa dia.

maaf aku tidak mampu.



esok..
muka depan paper
'seorang pemuda jatuh dari tingkat 15 dengan rokok masih dimulut'

Labels:

words spilled @ 8:56 AM / tinggalkan pesanan hidup

»racun

aku sedar itu asap beracun,
aku tahu bahaya,
aku tahu ramai benci --

bukan untuk macho,
bukan untuk stail,

itu untuk kepuasan aku,
kepuasan yang tidak boleh diungkap dengan katakata.


words spilled @ 8:51 AM / tinggalkan pesanan hidup

»dulu sampai sekarang
Thursday, January 10, 2013

dulu. aku sayangkan wanita ini. berkaca mata dan lemah suaranya.
bersama.

pisah.

dulu. aku sayangkan wanita ini. tembam dan comel.
bersama.

pisah.

dulu. aku sayangkan wanita ini. sampai sekarang. kurus dan gamble orangya.
bersama. setahun dan hampirr genap dua tahun.

pisah.

aku kecewa sekarang. kecewa sangat.
aku harapkan kau kembali.
yang tinggal hanyalah memori indah bersama di bangku sekolah
dan sekeping gambar .
entah kau masih simpan atau tidak.
kad pengenalan aku ada pada kau.
entah kau masih simpan atau sudah patahkan.

aku rindu lagi mahukan kau kembali.
tapi.
aku sedar masa tidak boleh diulang kembali.
aku hanya mampu berdoa dan aku akan rasa cukup
bila kau ada bersamaku.



words spilled @ 6:44 AM / tinggalkan pesanan hidup

»bidadari
Friday, January 4, 2013

hati ini bagai tidak mahu melepaskan kau wahai bidadari,
terlalu sayang, terlalu cinta..
bila gambar lama ditatap kembali,
tangisan sebak wajib. wajib terjadi..

sudah selalu dinasihati hati ini.
degil dan keras.
itulah hati aku..
hanya mengharapkan kau kembali kepada diri
yang lemah lagi mahukan kamu.

harapan yang mungkin sukar
berdoa sahaja kepada illahi

sayu ~
words spilled @ 7:24 AM / tinggalkan pesanan hidup

»hidup

hidup ini terlalu istimewa,
istimewa sangat hingga tidak boleh dijual..
sedar ta sedar.
diri ini hampir hilang angka satu dan muncul angka dua

'oh, boleh kahwin dah ni.'

ayat itu, wajib keluar dari bebelan.
maaf..
diri ini masih belum mahu hidup dalam dunia suami dan isteri
mahupun dalam status berpasangan.
masih banyak perlu dikejar..
untuk masa hadapan juga.
words spilled @ 7:22 AM / tinggalkan pesanan hidup