Silver Pointer
A.K.T.M




Now Playing
Macklemore - Same Love

»abadi kah?
Monday, April 29, 2013

aksara sepi membawa mati--
pedih.

disergah sang kimia,
terbakar hati..
ditegur-- lari
ditegur-- mati
tahi.

kau anggap itu abadi?
bu-shit
words spilled @ 8:15 AM / tinggalkan pesanan hidup

»new projek
Monday, April 15, 2013


kali ni, aku ada projek yang aku rasa nak buat dan aku nak tolong lagi satu rumah anak yatim

Projek Dana

itu nama projek dia. aku nak ajak mereka yang bisa menulis, mori lah join sekali.

projek ni datang tetiba dan tema dia bebas janji ada kene mengena dengan anak yatim

mengharapkan ada antara 50-80 karya
dan setiap penulis yang hantar karya nnt, bila buku ni dah siap compile semua..
anda juga akan diberi buku ini.

jualan sekitar RM5 atau RM10
words spilled @ 9:14 PM / tinggalkan pesanan hidup

»Sabtu
Saturday, April 13, 2013

di malam yang hening
di tengah dingin-- menusuk dalam
membuat hati kaku
ngadap dugaan membelit

di malam yang sunyi
di kegelapan yang sepi
ingin kujatuhkan tangisan ini
melalui kesedihan yang menerpa laju

kupercaya
dia satunya yang maha Esa
yang bisa tenteramkan jiwa
tenangkan hati yang duka

aku tak ragu
dia maha tahu
selalu berjaga
melindungi hambamu yang syukur
words spilled @ 9:10 PM / tinggalkan pesanan hidup

»apa indah
Saturday, April 6, 2013

kemain indah kota hati
dihias bunga
disembur kewangian
mati ketagihan

di sisi jambatan itu
aku berdiri
melihat bulan bersinar terang
merasa angin bertiup kejam
hati sayu
hati ranap

mata mula bertakung-- membawa tangisan
jatuh basah
di bumi ini; Melaka
words spilled @ 9:05 PM / tinggalkan pesanan hidup