Silver Pointer
A.K.T.M




Now Playing
Macklemore - Same Love

»hari ke 51 dalam 2013
Thursday, February 21, 2013

hari gelap. kau lelap.
aku disini menunggu cahaya bulan.
kau terjaga, mencari aku.

aku tahu kau mamai,
kau separuh nyawa ada di jasad.

-----------------

yang selama ini aku sediri,
sepi,
sunyi,
kini kau hadir di sisi
pautku, bawaku pergi.
ke ruang pernuh warna warni.

aku syaang kau Pluto
words spilled @ 4:57 AM / tinggalkan pesanan hidup

»hari ke 50 dalam 2013
Tuesday, February 19, 2013

hari penat. hari letih. hari mals. hari yang semua nya cukup.

hari
     hari
        hari       hari hari
  hari                              hari

aku rasa jarang dengan kau Pluto.
maaf kan Zuhal.

sayang.
hari esok dan hari seterusnya. 
kau berjalan lah seperti kau tidak mahukan apaapa, 
cintailah seperti kau tidak pernah terluka,
berdansalah seperti tiada yang melihat kamu.

aku rindu senyuman mu Pluto.

words spilled @ 4:16 AM / tinggalkan pesanan hidup

»hari ke 49 dalam 2013
Monday, February 18, 2013

awal pagi. awal sangat.
kita masih
bertengking
                  berbalah
       bergaduh
                                         shithead!

kau jadi jujur. jujur sangat. terima kasih.
aku ingat apa yang kau kata dan aku tidak memaksa.
kau kata kau cuba jadi yang lain. lain macam mana? aku ta mahu.

wahai si sejuk Pluto.
kau sudah menjadi yang pertama aku dahulukan.
jadi lah diri kau.

sayang. berkatalah dari hati ke hati, kerana hati bisa mendengar lebih tajam dari telinga.



words spilled @ 6:28 AM / tinggalkan pesanan hidup

»hari ke 48 dalam 2013
Sunday, February 17, 2013

hari yang pening.
mahu ingat atau mahu lupa.
shithead!

- zuhal nak jumpa pluto. zuhal rindu pluto sangat. faham tauu.
- pluto faham. pluto rindu zuhal jugak.
- kita keluar ahad okay. official lah kita keluar. tapi marikh ikut tahu.
- okay. kita seronok hari ahad nanti.

pluto.
hati zuhal ini rapuh.
hati zuhal ini ada satu kayu tua.
hampir patah.

pluto.
kau jaga hati aku hatihati.
kau jaga perasaan aku hatihati.
kau jaga aku.

pluto.
mulut senjata tajam.
mulut menyakitkan.
mulut boleh membunuh, boleh menggoda.

harap kau faham pluto.

words spilled @ 4:17 AM / tinggalkan pesanan hidup

»Alhamdulillah
Sunday, February 3, 2013

selesai sudah kutipan untuk zine yang telah aku tulis, telah aku jual

zine yang dijual dengan harga RM5 dan hasil jualan yang mencecah RM200 telah selesai
mencapai target

hasil jualan zine tersebut telah disalurkan ke rumah anak yatim.

terima kasih kepada yang membeli dan terus menyokong.
words spilled @ 9:00 PM / tinggalkan pesanan hidup