Silver Pointer
A.K.T.M




Now Playing
Macklemore - Same Love

»hidup
Friday, January 4, 2013

hidup ini terlalu istimewa,
istimewa sangat hingga tidak boleh dijual..
sedar ta sedar.
diri ini hampir hilang angka satu dan muncul angka dua

'oh, boleh kahwin dah ni.'

ayat itu, wajib keluar dari bebelan.
maaf..
diri ini masih belum mahu hidup dalam dunia suami dan isteri
mahupun dalam status berpasangan.
masih banyak perlu dikejar..
untuk masa hadapan juga.
words spilled @ 7:22 AM / tinggalkan pesanan hidup

»sayang
Friday, December 28, 2012

rindu.
rindu kian terasa di hati yang bebal ini,
api hati ini hanya akan membara
dengan kehadiran kamu sayang.
hati ini ingin sangat berjumpa
dengan kamu sayang.


aku akan selalu merindui kamu

setiap saat,
setiap minit,
setiap jam,
aku rela berikan nafasku ini hanya untuk kamu,

sayang terhadap kau akan kekal lama,
walaupun banyak halangan berduri,
akan aku lalui dengan tabah dan sabar..
kerana aku sayang kau wahai bidadari..
words spilled @ 11:01 AM / tinggalkan pesanan hidup

»depan
Sunday, December 16, 2012

jangan mengharapkan yang wangi
jangan mengharapkan yang busuk
jangan mengharapkan yang pandai
jangan mengharapkan yang bodoh

apa yang ada depan mata
apa yang datang
kau terimalah dengan hati yang terbuka
terimalah seadanya

kerana itu mungkin dugaan atau cabaran
yang patut kau tempuh.

Labels:

words spilled @ 2:14 AM / tinggalkan pesanan hidup

»takut
Friday, December 14, 2012

aku takut, takut, takut sangat..

T
A
K
U
T

Labels:

words spilled @ 9:18 PM / tinggalkan pesanan hidup

»sigaret
Wednesday, December 12, 2012

aroma sigaret menyeruak ke seluruh badan
asapnya yang penuh nikotin memang aku suka.
aku sedut dalam, dalam sangat.
hembus keluar dari hidung
masuk ke paru-paru
yang mula gelap
yang setia menjamah kepulan asap

rokok,
sahabat setia aku.

batang sigaret tak pernah aku lepaskan
susah senang tetap aku cari
menjentik abunya tak pernah luput

kesenangan?
aku tak mahu!
aku hanya mahu setia pada sigeret
yang tidak tinggalkan aku
dan yang tak akan aku tinggalkan

Labels:

words spilled @ 9:19 PM / tinggalkan pesanan hidup

»sunyi

hati ini lengang tanpa sayang kau

menongkrong sahaja di anjung kecil ini.
hanya sinar bulan yang menyinari
hanya sepi yang menemani

barangkali aku tak layak
barangkali aku tidak selaju kilat
barangkali aku tak dapat

untuk dapatkan kebahagiaan dunia.

Labels:

words spilled @ 9:02 PM / tinggalkan pesanan hidup

»lambat

toleh kanan, toleh kiri,
aku ingat masih malam..
rupanya sudah pagi. cerah sangat..
ayam yang berkokok pagi pun dah letih bekerja.

lambat aku bangun.
lambat sangat..

C
E
L
A
K
A

jam 11 suda.
lambat kelasss!

Labels:

words spilled @ 8:51 PM / tinggalkan pesanan hidup