»depan
Sunday, December 16, 2012
jangan mengharapkan yang wangi
jangan mengharapkan yang busuk
jangan mengharapkan yang pandai
jangan mengharapkan yang bodoh
apa yang ada depan mata
apa yang datang
kau terimalah dengan hati yang terbuka
terimalah seadanya
kerana itu mungkin dugaan atau cabaran
yang patut kau tempuh.
Labels: picisan
words spilled @ 2:14 AM /
tinggalkan pesanan hidup ⋄
»takut
Friday, December 14, 2012
aku takut, takut, takut sangat..
T
A
K
U
T
Labels: picisan
words spilled @ 9:18 PM /
tinggalkan pesanan hidup ⋄
»sigaret
Wednesday, December 12, 2012
aroma sigaret menyeruak ke seluruh badan
asapnya yang penuh nikotin memang aku suka.
aku sedut dalam, dalam sangat.
hembus keluar dari hidung
masuk ke paru-paru
yang mula gelap
yang setia menjamah kepulan asap
rokok,
sahabat setia aku.
batang sigaret tak pernah aku lepaskan
susah senang tetap aku cari
menjentik abunya tak pernah luput
kesenangan?
aku tak mahu!
aku hanya mahu setia pada sigeret
yang tidak tinggalkan aku
dan yang tak akan aku tinggalkan
Labels: picisan
words spilled @ 9:19 PM /
tinggalkan pesanan hidup ⋄
»sunyi
hati ini lengang tanpa sayang kau
menongkrong sahaja di anjung kecil ini.
hanya sinar bulan yang menyinari
hanya sepi yang menemani
barangkali aku tak layak
barangkali aku tidak selaju kilat
barangkali aku tak dapat
untuk dapatkan kebahagiaan dunia.
Labels: picisan
words spilled @ 9:02 PM /
tinggalkan pesanan hidup ⋄
»lambat
toleh kanan, toleh kiri,
aku ingat masih malam..
rupanya sudah pagi. cerah sangat..
ayam yang berkokok pagi pun dah letih bekerja.
lambat aku bangun.
lambat sangat..
C
E
L
A
K
A
jam 11 suda.
lambat kelasss!
Labels: picisan
words spilled @ 8:51 PM /
tinggalkan pesanan hidup ⋄
»bumi
malam,
dihembus angin dengan lembut,
tiada langsung bintang berkelip,
awan bersedih,
mula menangis,
bumi basah,
basah dengan air mata awan,
tumbuhan pula,
bersorak keriangan
S
U
K
A
Labels: picisan
words spilled @ 3:03 AM /
tinggalkan pesanan hidup ⋄

