Silver Pointer
A.K.T.M




Now Playing
Macklemore - Same Love

»ragam
Tuesday, October 30, 2012

jeritan padu setiap penjamah di restoran ini membingitkan telinga yang mendengar,
telinga ini,
disumbat terus dengan lagu amrika yang entah faham pun tidak akan maksudnya.

layan sahaja,

bingung memikirkan.
'apa bangang dorang ni sembang kuatkuat mahu kasi satu kedai dengar ke?'

aku memerlukan lokasi sepi,
tapi dimana mahu ku cari lokasi itu,
kalau setiap pelosok dihuni ragam seperti ini


- oldtown jalan taylors
words spilled @ 8:16 PM / tinggalkan pesanan hidup

»tolol

kucing, kucing, kucing..
kerja kau hanya meminta, melompat, mengiau meminta makanan.

the hell kau kucing.

jangan nak jadi tolol hari ini. kau dah selalu sangat menjadi tolol.
setiap hari kau tolol


words spilled @ 7:09 PM / tinggalkan pesanan hidup

»new life begin
Friday, September 7, 2012

BA (Hons) Interior Architecture

itu lah hidup aru aku. bergelar pelajar degree bukan senang jika di imbas kembali dengan hidup semasa zaman foundation.

tahap pembelajaran lebih tinggi, kerja melimpah bagaikan air yang ditakung penuh di dalam baldi.
masa yang ada tidak boleh lagi di bazirkan begitu sahaja. harus pandai di isi dan di susun.

aku masih ingat pepatah yang di sampaikan oleh lecturer aku.

' Don't drag you work '  - Puan Nur Rafidah Binti Hamzah

mungkin semasa foundation aku boleh untuk menangguhkan kerja. tetapi itu mustahil bila aku naik ke degree.

maaf aku katakan aku tidak dapat meluangkan masa bersama rakanrakan dan kau sayang.
jika masa mengizinkan. aku akan berjumpa kamu semua dan juga aku pasti akan memulakan langkah untuk berjumpa kamu sayang.

harap kalian faham dan tidak memandang negatif tentang apa aku katakan aku sibuk dengan tugas di campus.


words spilled @ 11:55 PM / tinggalkan pesanan hidup

»anak
Sunday, July 22, 2012

menjadi seorang anak kepada ibu dan ayah adalah satu yang diakatakan bahagia dan beruntung.
masih lagi mempunyai kedua ibu ayah juga adalah sangat beruntung.

tapi. apabila dilayan seperti sapa diri ini. amat lah pilu.
sedar apa yang aku ada ini adalah dari penat lelah dan titik peluh mereka.
mungkin aku tidak sedar dan aku bodoh untuk membalas jasa mereka.

aku sudah memberi apa yang terbaik sewaktu dan masih lagi umur aku mempunyai angka satu di hadapan.
apa yang perit dan pilu nya.

bila. diri ini. seorang anak. di panggil dan di caci sehingga keluar dari mulut itu menjerit yang aku ini anak angkat.

pilu hati ini. sudah tidak larat untuk keluar mengadap matahari.
words spilled @ 7:54 AM / tinggalkan pesanan hidup

»mekdi di siang hari
Tuesday, June 26, 2012

hari bersama kawan di mekdi

kawan dari bangku sekolah rendah, kenangan tetap di simpan dengan elok tanpa sebarang debu.
bila semua berkumpul di satu meja.
semua di kongsi.

alangkah indahnya hari ini bagi aku.
kenangan yang lama di putar kembali.
membawa kepada kenangan silam yang sudah bertahun lama nya pergi.

terima kasih untuk hari ini yang memberikan senyuman satu makna. EH

p/s; sayang kamu kawan adli, aan, shahrul, zulaikha & asyura :)
words spilled @ 5:57 AM / tinggalkan pesanan hidup

»mengadap
Saturday, June 23, 2012

hari makin singkat bagi aku. mungkin kau tidak tahu. sebab itu aku berkeras untuk berjumpa kau.
aku nak sampaikan ape yang tertanam dari hari tuh.
apa yang tersirat dari hari tuh.

aku bawa beg..
beg berisi barang kepunyaan kau. aku hanya bawa yang kecilkecil sahaja. tidak menanggung beban aku kuntuk membawa yang besar. kerana yang besar itulah mempunyai berjuta makna.

apa yang aku dapat bila mengadap kau?
words spilled @ 9:26 PM / tinggalkan pesanan hidup

»hilang

aku hilang. hilang semua.
aku hilang arah.
aku hilang semangat.
aku hilang kekuatan.
aku hilang idea.
aku hilang semua.

aku tidak berdaya lagi untuk semua ini.
tapi aku bersyukur kerana aku tidak hilang kamu. dan aku bersyukur juga kerana selera makan aku tidak hilang.
cuma kadangkadang sahaja aku hilang selera itu.
words spilled @ 5:48 AM / tinggalkan pesanan hidup